Sabtu, 12 April 2014

PERTANDINGAN SOLEKAN PESONA RIAS WAJAH CANTIK ANJURAN JUZ ZARITH INNOVATION EVENT-MGMT SEMPENA "GALA SERI PESONA RATU SEHARI KE-19 (GSPRS19) YANG BERLANGSUNG DI PLAZA ANGSANA JOHOR BAHRU



Gobok Chermin telah mengambil kesempatan untuk menyertai satu pertandingan solekan bertemakan "My Glassy Wedding Day"  anjuran Juz Zarith Innovation Event-Mgmt yang berlangsung di Plaza Angsana Johor Bahru pada 8 Mac yang lalu, bersempena Pameran Pengantin "Gala Seri Pesona Ratu Sehari ke-19" (GSPRS19) dan Alhamdullilah kami berjaya mendapat top 10 daripada 20 orang peserta... 

Persiapan dalam waktu singkat telah dibuat beberapa hari sebelum pertandingan. Konsep solekan, dandanan, rekaan pakaian serta aksesori telah dibincangkan bersama oleh kami supaya dapat di sesuaikan dengan tema yang diberi. Solekan, dandanan dan rekaan aksesori dibuat oleh saya ( Ridhuwan Rahman ), manakala dress direka dan disiapkan oleh adik saya ( Arif Rahman).

Masa yang diberi agak singkat. menyebabkan dandanan perlu dibuat terlebih dahulu sebelum pertandingan berlangsung. Saya memilih gaya loose fishtail / french braid untuk memberi kelainan atau  variasi kerana sudah bosan dengan gaya sanggul ... dan inilah hasilnya..

Gambar-gambar masa pertandingan yang di ambil oleh Triumph Shots & Effects , Terima kasih sudi snap gambar Gobok Chermin Creations.... 

Kalau nak tengok lebih banyak lagi gambar masa pertandingan , 
silalah klik link di bawah....

Triumph Shots & Effects  
http://www.facebook.com/triumphshotseffects






Tiada ulasan:

Catat Ulasan