Sabtu, 19 April 2014

JOM TEMPAH BAJU KURUNG MODEN


Baju kurung moden tempahan khas dari pelangan dari johor bahru untuk majlis perkahwinannya... pengantin ni nak pakaian yang ringkas, jadi dia memilih untuk mengayakan baju kurung moden di hari perkahwinanya nanti...Material untuk  buat baju dan lace di sediakan oleh pelangan sendiri.., 


Bagi yang berminat bolehlah berjumpa dengan Gobok Chermin Creations untuk tempahan dan  kepada yang berada di luar Johor boleh membuat tempahan melalui pos.

close up jahitan lace / patch lace pada bahagian bawah baju kurung moden ni... cantik kan lace dia...

close up jahitan lace / patch lace pada veil

Shawl D labuh


HANDBOUQET / BUNGA TANGAN


Sabtu, 12 April 2014

PERTANDINGAN SOLEKAN PESONA RIAS WAJAH CANTIK ANJURAN JUZ ZARITH INNOVATION EVENT-MGMT SEMPENA "GALA SERI PESONA RATU SEHARI KE-19 (GSPRS19) YANG BERLANGSUNG DI PLAZA ANGSANA JOHOR BAHRU



Gobok Chermin telah mengambil kesempatan untuk menyertai satu pertandingan solekan bertemakan "My Glassy Wedding Day"  anjuran Juz Zarith Innovation Event-Mgmt yang berlangsung di Plaza Angsana Johor Bahru pada 8 Mac yang lalu, bersempena Pameran Pengantin "Gala Seri Pesona Ratu Sehari ke-19" (GSPRS19) dan Alhamdullilah kami berjaya mendapat top 10 daripada 20 orang peserta... 

Persiapan dalam waktu singkat telah dibuat beberapa hari sebelum pertandingan. Konsep solekan, dandanan, rekaan pakaian serta aksesori telah dibincangkan bersama oleh kami supaya dapat di sesuaikan dengan tema yang diberi. Solekan, dandanan dan rekaan aksesori dibuat oleh saya ( Ridhuwan Rahman ), manakala dress direka dan disiapkan oleh adik saya ( Arif Rahman).

Masa yang diberi agak singkat. menyebabkan dandanan perlu dibuat terlebih dahulu sebelum pertandingan berlangsung. Saya memilih gaya loose fishtail / french braid untuk memberi kelainan atau  variasi kerana sudah bosan dengan gaya sanggul ... dan inilah hasilnya..

Gambar-gambar masa pertandingan yang di ambil oleh Triumph Shots & Effects , Terima kasih sudi snap gambar Gobok Chermin Creations.... 

Kalau nak tengok lebih banyak lagi gambar masa pertandingan , 
silalah klik link di bawah....

Triumph Shots & Effects  
http://www.facebook.com/triumphshotseffects






Rabu, 9 April 2014

SOLEKAN DAN DANDANAN UNTUK SATU PERTANDINGAN DI PLAZA ANGSANA JOHOR BAHRU ANJURAN JUZ ZARITH INNOVATION EVENT-MGMT

Solekan dan dandanan untuk satu pertandingan bertemakan tradisional yang berlangsung di Plaza Angsana Johor Bahru bersempena dengan pameran pengantin Gala Seri Pesona Ratu Sehari-19 ajuran Juz Zarith Innovation Event-Mgmt
solekan  dan aksesori dari Gobok Chermin Creations

Terima kasih kepada Melissa Aen II kerana mempercayai Gobok Chermin untuk buat pengayaan pada hari tersebut, terima kasih juga kepada Astana Bridal kerana sponsor baju dan pelamin.. solekan  dan aksesori dari Gobok Chermin Creations

solekan  dan aksesori dari Gobok Chermin Creations

SOLEKAN DAN DANDANAN UNTUK PHOTOSHOOT BERSAMA MELISSA AEN DAN JURUGAMBAR BOBBY FUEGO

SOLEKAN  DAN DANDANAN  UNTUK PHOTOSHOOT BERSAMA  Melissa Aen II DAN JURUGAMBAR BOBBY FUEGO 

 

SOLEKAN  DAN DANDANAN  UNTUK PHOTOSHOOT BERSAMA  MELISSA AEN DAN JURUGAMBAR BOBBY FUEGO 

Khamis, 3 April 2014

SOLEKAN / MAKE UP UNTUK PHOTOSHOOT MODEL di MUTIARA MOTOR LARKIN JOHOR BAHRU

Hye.. kali ni nak post satu makeup yang saya buat untuk satu sesi fotografi di Mutiara Motor Larkin Johor Bahru untuk satu majalah kereta, modelnya ialah Shareena Arien.... 
terima kasih kerana menjemput Gobok Chermin untuk sertai sesi fotografi kali ni..

Jika anda memerlukan perkhidmatan jurusolek dan pendandan rambut untuk apa sahaja majlis,
boleh hubungi kami 0129958025 :)



Make up by Ridhuwan Rahman @ Gobok Chermin Creations

Make up by Ridhuwan Rahman @ Gobok Chermin Creations

Make up by Ridhuwan Rahman @ Gobok Chermin Creations


Jumaat, 28 Mac 2014

TUDUNG / SHAWL HALFMOON BERSULAMKAN LACE DAN MANIK...

Hye... ini adalah salah satu contoh tudung/shawl yang dihasilkan oleh Gobok Chermin Creations.
Kepada bakal pengantin , bakal tunangan orang atau mereka yang tercari-cari tudung /shawl / veil yang sepadan dengan busana yang bakal digayakan nanti  kini dah tak perlu risau kerana anda boleh menempah tudung / shawl /veil  dari Gobok Chermin Creations mengikut warna pilihan anda...

hubungi kami melalui wsapp 0129958025 untuk lebih detail....

PANDANGAN DARI ATAS TUDUNG / SHAWL HALFMOON BERSULAMKAN LACE DAN MANIK...


PANDANGAN DARI HADAPAN TUDUNG / SHAWL HALFMOON BERSULAMKAN LACE DAN MANIK...

UNTUK GAYA NI KAMI MENGGUNAKAN SHAWL HALMOON UNYUK DIJADIKAN VEIL, MANAKALA BAHAGIAN DALAMNYA KAMI MENGUNAKAN SELENDANG PANJANG  BERBENTUK D

BAJU KURUNG MODEN UNTUK MAJLIS PERNIKAHAN





Rabu, 26 Mac 2014

Kepada mereka yang nak jimat belanja boleh la tempah dress kosong macam ni... boleh deko sendiri ikut kreativiti  dan budget masing-masing... jika berminat boleh hubunggi kami di nombor yang tertera di ruang sebelah... :)